Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TMJ: Malaysia vs Spurs 'perlawanan sarkas'
Diterbitkan:  May 8, 2015 1:34 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik penganjuran perlawanan antara Harimau Malaya dengan pasukan Inggeris Tottenham Hotspur pada 27 Mei ini sebagai "perlawanan sarkas".

Katanya perlawanan itu tidak membawa sebarang faedah kepada Harimau Malaya dan hanya untuk meraih keuntungan bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur.

“Adakah ia membawa sebarang manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?” soalnya dalam kenyataan khas yang ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Anda, saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah.”

Presiden Persatuan Bola Sepak Johor Negeri Johor (PBNJ) itu juga menolak kenyataan FAM bahawa ia sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia.

“Pertama sekali, ia tidak membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ia tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain.

“Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA m atch d ates kerana ia boleh memberi lebih manfaat kepada prestasi dan ranking,” katanya.

Tunku Ismail juga berkata beliau bukan mahu perlawanan itu dibatalkan tetapi berharp iua tidak berulang.

“Akhir sekali, berkenaan "perlawanan sarkas" tersebut, saya tidak mengatakan supaya ianya dibatalkan, cuma saya berharap anda pastikan bahawa ianya tidak berulang, kerana kita perlu mula melakukan perkara yang bermanfaat untuk bola sepak negara, bukannya menguntungkan mereka yang berada dalam FAM,” katanya.

 

Kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM...Saya jujur, neutral dan saya sebenarnya lebih suka mendiamkan diri, tetapi...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, 7 May 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS