Najib mahu isu muflis Ishak selesai segera
Diterbitkan: May 16, 2015 12:10 PM | Dikemas kini: May 16, 2015 12:13 PM
Datuk Seri Najib Razak dilaporkan cuba mencari penyelesaian segera untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Ishak Ismail yang diisytihar muflis oleh mahkamah bagi mengelak berlaku pilihan raya kecil.
Bekas setiausha politik Najib, Datuk Shahlan Ismail dikatakan menjadi orang tengah untuk membolehkan pertikaian di antara Ishak dengan ahli perniagaan Misran Sukadi dapat diselesaikan.
Seorang sumber yang enggan dikenali memberitahu Malaysiakini , Najib mengarahkan Shahlan berbincang dengan kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian.
Malaysiakini dapat melihat sepucuk surat ditandatangani Shahlan yang juga pengarah perancangan strategik di Pejabat Perdana Menteri.

