Kak Wan kembali ke Parlimen selepas 7 tahun
Dua wakil rakyat yang baru dipilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) dan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen dalam sidang parlimen kedua tahun ini.
Upacara angkat sumpah dibuat di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pandikar, yang sebelum ini menafikan akan meletakkan jawatan speaker, disambut oleh semua anggota parlimen sewaktu melangkah masuk ke Dewan Rakyat.
Sidang parlimen kali ini bermula hari ini sehingga 18 Jun dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membentengkan Rancangan Malaysia ke-11 pada Khamis.
Wan Azizah, yang kembali ke parlimen selepas tujuh tahun, turut diumumkan sebagai ketua pembangkang yang baru oleh speaker.
"Saya berpuas hati mendapat konsensus (daripada Pakatan Rakyat).
"Wan Azizah adalah ketua pembangkang. Saya mengalu-alukan beliau kembali ke Dewan Rakyat," katanya.

