Gerakan gesa Azmin jelas kebebasan maklumat
Pemuda Gerakan merasakan ada yang tiada kena dengan kerajaan Selangor selepas ADUN DAP Lau Weng San gagal mendapatkan maklumat mengenai gaji pengurusan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Semalam Lau berkata beliau meminta dari Dewan Undangan Negeri butiran tersebut sejak beberapa bulan yang lalu dan dari Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebulan yang lalu, tetapi tidak berhasil.
Sambil mendesak Azmin menjelaskannya, Tan berkata dasar itu begitu kuat diperjuangkan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi terdapat banyak kekeliruan mengenainya.
Lebih menghairankan lagi, katanya, apabila wakil rakyat Pakatan sendiri pun tidak tahu pendirian pentadbiran Azmin mengenai perkara itu.
Oleh itu, katanya, menteri besar perlu menjelaskan mengenai dasar negeri itu.
Semalam Lau berkata satu-satunya jawapan yang diterimanya ialah maklumat yang dicarinya itu dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Bagaimanapun, beliau percaya akta itu, yang melindungi data peribadi dalam transaksi komersial, tidak terpakai terhadap gaji pegawai tinggi GLC.
GLC, katanya, bukan syarikat biasa, tetapi merupakan syarikat yang dibiayai oleh kerajaan.
"Kami memberitahu kerajaan bahawa tidak ada keperluan untuk menggunakan Akta ini sebagai penghalang," kata Lau.

