Rais: 'Budi bahasa' boleh kurang krisis Najib-Dr M
Seorang bekas menteri kabinet berkata jika amalan budi diamalkan di semua peringkat kepimpinan, krisis antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin "seserius" apa yang berlaku.
"Budi bahasa Melayu dan cara kita berbudaya harus masuk ke dalam kepimpinan juga," kata Tan Sri Rais Yatim, bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.
"Mungkin Tun (Dr Mahathir) tak berapa senang dengan sebutan saya dan perdana menteri (juga).
“Setiap pemimpin harus ada budi dalam pendekatan walau setinggi mana pun beliau.”
Rais yang juga penasihat hal ehawal sosial dan kebudayaan kerajaan, berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Festival Pengajian Melayu di Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya hari ini.

