Sistem pendidikan Malaysia yang sering dikritik, mungkin boleh menjadi terbaik di dunia 30 tahun hingga 40 tahun daripada sekarang, kata kerajan.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata Malaysia telahpun mengatasi Singapura dari sudut penerbitan dalam bidang jurnal saintifik, dan jadi ia tidak mustahil bahawa Malaysa akan mengatasi mereka dari sudut kedudukan universiti.

"Dalam (tempoh) 30 hingga 40 tahun, kita boleh mengatasi (Singapura), kita boleh jadi yang terbaik di dunia," kata Idris di Dewan Rakyat.

Beliau mengulas soalan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) berhubung kedudukan Malaysia dalam kaji selidik pendidikan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang meletakkan Malaysia tangga ke-52 darpada 76 negara.

Idris bagaimanapun berkata kedudukan ini berdasarkan data lama Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) daripada tahun 2012.

[Baca berita asal]