Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tikus raksasa' serang Subang Jaya?
Diterbitkan:  May 25, 2015 11:19 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Gambar 'tikus raksasa' di Subang Jaya yang disebarkan meluas di Internet sebenarnya hanya hasil manipulasi teknik kamera, kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya.

“Gambar tikus di USJ11 diedarkan di atas talian.

“Sudut pandang tikus itu diambil membuatkannya kelihatan amat besar,” kata Hannah Yeoh di Facebook beliau.

 

Photo of rat caught in USJ11 is circulating online. It was the angle when rat was photographed making it look gigantic....

Posted by Hannah Yeoh on Sunday, 24 May 2015

Wakil rakyat DAP itu juga memuat naik gambar daripada sisi, berbanding pandangan hadapan, yang diedarkan sebelum ini.

Ia menunjukkan tikus itu bersaiz biasa.

“BN boleh berhenti bazirkan masa putar belit berita ini di atas talian,” jelasnya lagi.

Operasi itu, katanya, dijalankan oleh jawatankuasa penduduk setempat dan seorang ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

'Kucing pun takut'

Seorang pengguna Facebook bernama Lim Sian See

sebelum ini mencetuskan kegemparan apabila memuat naik gambar seekor tikus gergasi yang ditangkap di Subang Jaya.

Sambil mempersoalkan kerja Hannah dan kerajaan Selangor, Lim berkata tikus itu ditangkap di depan sebuah klinik pergigian di USJ11.

“Cuba biakkan tikus lebih besar daripada anjing? 

Kamu mutasi ia dengan air lombong enak dan lazat?” sindirnya di Facebook.

 

Outside Thiagan And Kumar Dental Surgery at Jalan USJ 11/1J, 47650 Subang Jaya, Selangor.What are you doing YB Hannah...

Posted by Lim Sian See on Sunday, 24 May 2015

Jika ada yang tidak percaya, Lim juga memaparkan pautan ke laporan sebuah harian berbahasa Inggeris bahawa terdapat penduduk mendakwa tikus di kawasan itu lebih besar daripada kucing.

“Malah kucing juga takut apabila bertembung dengan tikus-tikus itu,” tulisnya lagi.

Lihat Komen
ADS