Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bisik pada PM jangan serang Dr M'
Diterbitkan:  May 25, 2015 8:45 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Sebagai penasihat baru perdana menteri, apakah yang perlu dibisik oleh pakar perhubungan awam Tan Sri Lim Kok Wing ke telinga Datuk Seri Najib Razak?

Bagi Datuk Ahiruddin Attan, Najib harus diberitahu untuk berhenti menyerang Mahathir kerana pendekatan itu memakan diri.

Wartawan veteran itu berkata Najib sebaliknya harus menumpukan kepada usaha memperjelaskan dasar-dasarnya.

“Saya agak pasti Lim bersetuju dengan saya, strategi sedia ada PM, yang menyerang Mahathir, melalui akhbar dan berita utama, memakan diri,” katanya dalam blog Rocky's Bru.

“Saya tidak pasti apa Lim patut nasihat Najib.

“Saya hanya boleh berharap untuk kebaikan Najib, bidang kerjanya termasuk menguruskan bagaimana media arus perdana respon terhadap serangan Mahathir.”

Bagaimanapun, Ahiruddin ( atas ) memberi amaran bahawa penasihat lain Najib mungkin tidak senang dengan kemasukan Lim ke dalam lingkungan mereka.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan bahawa Lim dilantik sebagai penyelaras program khas Najib.

Lim mengasaskan syarikat pengiklanan swasta pertama di Malaysia serta menubuhkan Univesiti seni kreatif sulung, Limkokwing University of Creative Technology.

Beliau juga membantu rundingan dalam beberapa masalah besar, termasuk perang dalaman MCA antara presiden parti Cina itu sebelum ini Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek.

Lim juga antara yang terawal membantu Kongres Nasional Afrika dalam kempen pilihan raya untuk Afrika Selatan yang lebih bebas, sekali gus membantu Nelson Mandela menang pilihan raya.

Limkokwing University of Creative Technology ketika ini mempunyai kampus di tiga lagi kota asing – London, Botswana dan Kemboja.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS