Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib rasai pengalaman gempa bumi di Tokyo
Diterbitkan:  May 25, 2015 11:00 PM
Dikemaskini: 3:01 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasai pengalaman gempa bumi secara langsung semasa lawatan beliau di Tokyo hari ini.

Najib sedang menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pemimpin industri di aras 4 Palace Hotel apabila gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter enggegarkan Tokyo dan kawasan sekitar pada 2.28 petang (1.28 petang di Malaysia).

Siren hotel berbunyi manakala telefon bimbit mereka yang hadir turut membingar apabila gegaran itu dirasai selama 30 saat.

Najib, yang kelihatan tidak terganggu dengan keadaan itu, terus mendengar ucapan Presiden Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia, Mikio Sasaki dengan kakitangan keselamatan dan hotel bergegas keluar untuk menyiasat.

Dalam catatan di laman Twitternya, perdana menteri berkata: "Rasa gegaran, lantai, lampu bergerak. Apapun semua tenang, Alhamdulillah."

Operasi kereta api bawah tanah terhenti sekejap manakala ramai orang keluar dari bangunan tinggi.

Seorang wanita tempatan yang juga kakitangan di Kedutaan Malaysia di Tokyo berkata pengalaman gempa bumi ini merupakan kali pertama dirasainya tahun ini.

"Selepas gempa bumi besar pada 2011, kami merasai beberapa gegaran namun ini kali pertama tahun ini," katanya.

Menurut laporan tempatan, gempa bumi itu melanda pada 2:28 petang waktu tempatan pada kedalaman 50km.

Gempa bumi itu berpusat di Ibaraki Prefecture, wilayah Kanto di pulau utama Honshu, kira-kira 34km dari Tokyo.

Pihak berkuasa juga menutup kedua-dua landasan di lapangan terbang antarabangsa Narita.

- Bernama

Lihat Komen
ADS