Shahidan pertahan tindakan SPR di Sarawak
Diterbitkan: May 26, 2015 4:50 PM | Dikemas kini: May 27, 2015 10:44 AM
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sarawak dijalankan mengikut perlembagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu, SPR biasanya menyiapkan kajian semula kawasan pilihan raya itu sebelum dibentangkan di parlimen untuk kelulusan.
Namun bagi kes di Sarawak, kata Shahidan, ia dibentangkan terlebih dulu di Dewan Undangan Negeri sebelum kajian semula dijalankan.
Kenyataan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuching membuat keputusan membatalkan persempadanan semula dibuat SPR baru-baru ini.
Kata Shahidan, salah satu cara itu dibenarkan mengikut perlembagaan.

