BERITA Malaysiakini

PM: Dr M tak adil, saya ada mandat rakyat

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Asakan demi asakan keras membuatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat lagi terus mengelak daripada bertembung dengan pengkritik berbahayanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menulis di blognya hari ini, Najib menegaskan banyak kritikan Mahathir tidak adil dan mengelirukan.

Beliau malah menegaskan bahawa Mahathir tidak harus menjejaskan kepimpinan Umno hanya kerana hasrat peribadinya tidak tercapai.

“Kepentingan rakyat dan parti lebih penting daripada seorang individu.

“Saya secara demokratik dipilih oleh parti dan rakyat, dan, oleh kerana saya menerima mandat itu, saya akan habiskan penggal saya sebagai presiden dan perdana menteri,” katanya.

Dalam siri baru soalan lazim (FAQ) beliau, Najib juga berkata beliau menjadikan usaha mencapai Wawasan 2020, yang diperkenalkan di era pentadbiran Mahathir, menjadi kenyataan.

Najib juga berkata mahu memastikan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang dicita-citakannya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam FAQ itu, terhadap satu bahagian khas bagi menjawab “dakwaan Tun Mahathir”.

Najib mula memuat naik FAQ menjawab isu panas dalam negara selepas Mahathir hilang kepercayaan pada pentadbirannya dan menuntut beliau berundur.