Malaysiakini BERITA

Shafie: Kami pun tanya masalah 1MDB

Geraldine Tong  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Mohd Shafie Apdal menolak dakwaan bahawa seluruh anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap masalah syarikat pelaburan negara 1MDB.

Shafie berkata menteri-menteri secara aktif membangkitkan persoalan berhubung 1MDB dalam mesyuarat kabinet.

“Kita anggota kabinet yang bertanggungjawab. Itu sebabnya kita tanya soalan...

“Kita mahu tahu,” kata Shafie kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pada kakitangan terbaik kementeriannya di Putrajaya.

Katanya, kabinet juga tidak jelas berhubung sesetengah isu berkaitan syarikat itu.

Justeru, mereka tidak boleh dipersalahkan, katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah ( atas ) bahawa seluruh kabinet bertanggungjawab atas masalah 1MDB.

[Baca berita asal]