6 petua untuk Najib kekal kuasa
Diterbitkan: May 28, 2015 7:57 PM | Dikemas kini: May 28, 2015 8:05 PM
Walaupun pelbagai asakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan akan berkhidmat setelah tamat tempoh.
Bagaimanapun, persoalannya dapatkan beliau bertahan hingga ke akhir?
Tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin ada resipinya, seperti berikut:
- Rombakan kabinet harus dilakukan dengan mengetepikan “unsur tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
Katanya, pindaan jawapan itu, kepada simpanan dalam bentuk “unit” boleh menyebabkan prosiding ala pemakzulan (penyingkiran) terhadapnya dibuat.
“Ingat pemakzulan terhadap presiden Indonesia Abdurrahman Wahid pada 2001? Tetapi bawah undang-undang kita, tiada peruntukan pemakzulan oleh Parlimen.
“Dewan bagaimanapun boleh meluluskan usul tidak percaya,” katanya.

