Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: Hishammuddin setuju tapi bersyarat
Diterbitkan:  Jun 1, 2015 11:56 AM
Dikemaskini: 4:25 AM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien memberikan persetujuan bersyarat kepada desakan supaya mana-mana anggota kabinet yang tidak bersetuju dengan perdana menteri dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) supaya meletak jawatan.

Melalui Twitter, Hishammuddin berkata, agensi tajaan kerajaan itu mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas sebarang salah laku mesti diambil tindakan.

Tidak cukup dengan itu, Hishammuddin berkata, proses rasionalisasi berkenaan mesti dilakukan secara telus.

Sebelum ini Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai kenyataan Datuk Seri Najib Razak supaya mana-mana menteri yang tidak bersetuju dengan pendekatannya supaya meletakkan jawatan.

Lapora itu menyebut, kata dua Najin diberi dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet.

Minggu lalu juga tersebar klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pendirian beliau dalam isu 1MDB.

Lihat Komen
ADS