Walaupun ada kebimbangan pada kecenderungan memihak susulan kehadiran perdana menteri dalam pelancarannya, kumpulan baru Kristian Christians for Peace and Harmony in Malaysia (CPHM) memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.

Pengerusinya Wong Kim Kong ( kiri ) meminta orang ramai dan anggotanya bertenang dan memberikan masa kepada CPHM untuk membuktikan kejujuran mereka.

“Berikan kami dari masa ke semasa membuktikan kejujuran dan mengesahkan sama ada kami bermotifkan politik atau tidak,” kata Wong kepada Malaysiakini semalam.

Katanya, melalui aktiviti mereka di masa depan, orang ramai dapat menilai sama ada mereka dimanipulasikan pihak tertentu atau tidak.

Menjelaskan kehadiran Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata mereka yang mengundang pemimpin negara itu dan bukan sebaliknya.

[Baca berita asal]