Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lady Gaga tak hamil, cuma berusia
Diterbitkan:  Jun 2, 2015 6:44 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

Selebriti terkenal Amerika Syarikat Lady Gaga menafikan keras dakwaan beliau hamil.

Sebaliknya, kata  penyanyi, penulis lagu dan pelakon itu, perubahan bentuk badan yang dialaminya itu ekoran faktor dirinya yang semakin berusia.

Kenyataan itu dikeluarkan semasa beliau mengadakan konsert Hollywood Bowl di Los Angeles kelmarin bersama artis Tonny Bennet yang disaksikan ribuan penonton.

“Saya semakin berusia, dan ramai orang fikir saya hamil, tetapi saya beritahu mereka perubahan itu disebabkan  usia ini yang hampir mencecah 30-an,” Lady Gaga dipetik sebagai berkata kepada media tempatan.

Malah artis itu dengan selamba bergurau sukar mengekalkan bentuk tubuh ideal seperti di zaman remaja sebagaimana yang dilakukan Bennet yang kini 88 tahun.

Katanya, Bennet sering mengajarnya cara bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan baik.

Tahun lalu, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta pernah tampil mengakui ingin hamil dan memulakan kehidupan berkeluarga dengan tunangnya Taylor Kinney.

“Namun, apabila saya menghabiskan lebih banyak masa dengan Tony, semuanya berubah menjadi lebih mudah, lebih asli dan sempurna.

“Sekarang saya mahu mempunyai lebih banyak masa sebelum mempunyai anak dan berumahtangga. Saya hanya mahu menyanyi,” katanya.

Lihat Komen
ADS