Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bapa tiri Kim Kardashian jadi wanita
Diterbitkan:  Jun 3, 2015 1:22 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Bruce Jenner, bapa tiri kepada Kim Kardashian yang terkenal melalui rancangan realiti televisyen Keeping Up with the Kardashians mendedahkan buat pertama kali secara terbuka mengenai peralihan jantinanya.

Jenner, bekas atlet Olimpik 1976 kini memperkenalkan dirinya sebagai Caitlyn.

Temebual eksklusif itu dijalankan oleh Buzz Bissinger, wartawan yang pernah memenangi anugerah Pulitzer dan pengarah Friday Night Lights .

Bagi Jenner, sesi penggambaran selama dua hari itu berlangsung dengan penuh emosi dan tidak sama seperti perasaannya memenangi pingat Olimpik 39 tahun lepas.

“Ia bukan bukan mengenai sorakan yang diperoleh dalam stadium, ia bukan apa yang orang lain beri pada kamu. Ia mengenai kehidupan kamu,” katanya.

Jenner tampil berambut panjang berwarna perang, menghiasi kulit majalah itu dengan memakai baju bustier putih sambil mengenakan mekap.

Jenner –yang tidak asing dengan fesyen kerana membesarkan Kardashians – mengenakan pakaian rekaan pereka terkenal seperti Zac Posen, Badgley Mischka dan Halston Heritage.

“Jika saya sedang menanti ajal di atas katil dan menyembunyikan rahsia ini tanpa berbuat sesuatu, saya pasti akan marah diri sendiri, saya baru saja musnahkan seluruh kehidupan,” katanya.

Di sebalik tadbir penggambaran muka depan majalah Vanity Fair , pelakon rancangan realiti 65 tahun itu turut menjelaskan dia menyertai Olimpik sebagai alasan untuk tidak mengakui apa yang sedang dirasakan dalam dirinya.

Tambah Jenner, menjadi Caitlyn adalah pencapaian besar buatnya.

“Setiap hari ada saja rahsia, dari pagi hingga malam. Caitlyn tidak mempunyai rahsia. Apabila isu keluaran Vanity Fair berada di pasaran, saya akan berasa bebas,” katanya.

Jenner telah melakukan pembedahan payudaranya. Bagaimanapun, dia belum lagi melakukan pembedahan menukar kemaluan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS