BMG mengumumkan penyanyi Pop dan R&B, Janet Jackson akan menerbitkan album baru selepas tujuh tahun menyepi.

Kali terakhir anak bongsu keluarga Jackson itu menerbitkan Discipline pada 2008.

Album yang masih belum dinamakan itu diterbitkan oleh syarikat label milik Janet sendiri Rhythm Nation.

Melalui Rhythm Nation, diva pop 49 tahun itu didakwa menjadi wanita Afrika-Amerika pertama yang menubuhkan syarikat label sendiri dalam sejarah industri muzik.

Menurut BMG, Janet antara artis yang mencatat jualan album dengan rekod cemerlang apabila melebihi 160 juta unit dan meninggalkan terhadap budaya pop.

“Satu penghormatan apabila dia memilih BMG untuk menerbitkan album yang ditunggu sekian lama,” kata Hartwig Masuch, ketua pegawai eksekutif BMG.

Selain itu, Naib Presiden Eksekutif  Rakaman Muzik di Chrysalis BMG Amerika Syarikat Jon Cohen berkata, Janet ikon budaya dan artis pop yang tiada seumpamanya.

“Penerbitan album baru itu tidak syak lagi akan menjadi satu acara kemuncak muzik tahun 2015.

"Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengannya,” katanya.