Setiap orang mempunyai idola tersendiri dan bercita-cita untuk bertemu mereka satu hari nanti. Atau paling tidak, cukup dengan mengutus surat sebagai peminat.

Begitu juga yang terjadi pada penyanyi kumpulan Foo Fighters, Dave Grohl dari yang mengetengahkan muzik rock dari AS.

Walaupun bertaraf selebriti, Grohl tetap manusia biasa.

Penyanyi lagu Everlong itu mendedahkan, dia amat teruja apabila dihubungi idolanya, Ian MacKaye yang memang terkenal sebagai pencipta lagu, pemain gitar dan vokalis kumpulan Minor Threat, Embrace dan Fugazi.

Kata Grohl, MacKaye menghubunginya melalui e-mel.

“Lihat apa yang saya temui semasa membersihkan loteng rumah,” tulisnya kepada Grohl.

Penemuan itu kemudian dihebahkan Grohl melalui Twitter rasmi Foo Fighters.

Ia adalah sepucuk surat pernah dikirim Grohl kepada MacKaye, pengasas bersama dan pemilik syarikat rakaman Dischord Records.

Bagi Grohl yang pernah bermain dram untuk Nirvana itu, dia mengutus surat berkenaan kerana terlalu mengagumi Dischord Records dan mencari seseorang yang mahu menerbitkan album kumpulannya ketika itu, Mission Impossible.

“Jika Dischord Records menghasilkan single Foo Fighters, barulah kita boleh memikirkan untuk berpisah," katanya.

Sementara itu, Foo Fighters memulakan siri jelajah mereka di United Kingdom dan Ireland dengan mengadakan konsert dua setengah jam di Stadium of Light di Sunderland pada 25 Mei lalu.

Selain di Manchaster, kumpulan itu juga dijadual mengadakan persembahan di Ireland, London dan Edinburgh sebelum acara kemuncak mereka di Festival Glastonbury di Somerset penghujung Jun ini.