Menteri Kewangan mendakwa 1MDB membuat keputusan sendiri dalam meluluskan pinjaman sebanyak AS$1.9 bilion (RM7.13 bilion) kepada Petrosaudi International Limited.

Secara tidak langsung, kementerian menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan membuat keputusan ke atas urusniaga itu.

“Semua keputusan dan urusniaga 1MDB dibuat oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,” katanya.

Memorandum dan artikel (M&A) Terengganu Investment Authority (TIA) yang didedahkan sebelum ini menunjukkan Najib berkuasa meluluskan urusniaga 1MDB. Begitu juga bagi M&A 1MDB.

Dalam jawapan kepada seorang MP DAP, kementerian kewangan berkata, pinjaman itu bertujuan untuk “mengurangkan risiko berbanding dengan pegangan ekuiti di dalam syarikat usahasama tersebut”.

Perkara itu dipersoalkan MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang berkata, syarikat tersebut tidak mempunyai modal berbayar US$150,000 (RM562,500).

Beliau juga mempersoalkan jika pinjaman itu sudahpun diluluskan oleh lembaga pengarah pada masa itu.

[Berita penuh menyusul]