Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib lawat mangsa gempa bumi
Diterbitkan:  Jun 9, 2015 11:52 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah pagi ini untuk meninjau kesan gempa bumi yang berlaku Jumaat lepas dan melawat penduduk yang menjadi mangsa di Ranau dan Kundasang.

Ketibaan Najib dengan pesawat khas disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan anggota-anggota Kabinet di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Najib kemudian berlepas ke Ranau menggunakan helikopter dan dijadual mendarat di Padang Pekan Ranau.

Beliau dijangka melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada pukul 12 tengah hari, sebelum berangkat mendengar taklimat bencana di Restoran Liwagu.

Selepas taklimat itu, beliau akan menyerahkan bantuan kepada mangsa dan waris mangsa terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu.

Perdana menteri dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS