Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengingatkan PAS dan DAP agar menghentikan perbalahan demi pengundi yang memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Laporan The Star Online menyebut, Azmin meminta wakil rakyat parti tersebut untuk terus berkhidmat bawah Pakatan Rakyat.

"Tentulah kita ada pandangan berbeza, tetapi sebagai wakil rakyat yang dipilih, kita ada tanggungjawab besar kepada rakyat yang mengundi kita.

"Bila rakyat menyokong kita dalam pilihan raya umum lalu, mereka meletak harapan pada kita. Jadi kita perlu ketepikan masalah, ego dan rungutan peribadi demi rakyat,” katanya seperti dipetik dalam portal itu.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan bersama kakitangan awam kerajaan negeri, beliau berkata Pakatan tidak akan berjaya membentuk kerajaan tanpa sokongan tersebut.

[Berita penuh menyusul]