Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suami Ayu Azhari belum kuat berpuasa
Diterbitkan:  Jun 10, 2015 2:55 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Setiap pasangan memerlukan keyakinan dan komitmen yang tinggi apabila membina mahligai perkahwinan dengan pasangan yang berbeza agama – dalam hal ini seperti di Indonesia.

Ini aspek yang diambil kira oleh aktres Ayu Azhari sejak berkahwin dengan Mike Tramp, vokalis kumpulan White Lion dan Freak of Nature yang berasal dari Denmark.

 Bagi Ayu atau nama sebenarnya Khadijah Azhari, Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi memiliki makna yang tersendiri.

Justeru, dia menggunakan peluang yang ada untuk berehat seketika dari dunia hiburan sepanjang bulan suci itu.

Ramadan juga akan digunakan Ayu sebagai masa membuat persiapan untuk menyambut kedatangan suaminya dan meluangkan masa bersama anak-anak.

“Mike mengundang saya dan anak-anak ke AS pada Julai nanti kerana dia hanya mempunyai tempoh cuti sebulan untuk kami,” kata Ayu.

Kalau puasa, pening

Bagaimanapun, Ayu, 45, menolak pelawaan itu kerana berasakan keadaan itu pasti kekok buatnya untuk menyambut Ramadan di tempat asing.

“Saya ingin menikmati suasana Ramadan di Indonesia.

“Kalau di AS pasti berat sekali kerana waktu siangnya lama dan mengalami musim panas,” kata ibu kepada enam anak itu.

Selain itu, apabila ditanya bagaimana pengalaman suaminya dalam menyambut Ramadan, Ayu menjawab Tramp, 54, itu masih belum kuat untuk berpuasa sepanjang bulan.

Katanya, dia tidak pernah memaksa Tramp berpuasa penuh.

“Mike pernah berpuasa, tetapi mengalami pening kerana tidak cukup kuat. Ya, berbeza dengan kita yang sudah diajar berpuasa sejak kecil lagi,”  katanya.

Walaupun lahir di Copenhagen, Denmark Tramp kini menetap di AS.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS