Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas ketua penerangan PAS, Datuk Datuk Mahfuz Omar berkata beliau berasa seronok selepas tidak memegang jawatan dalam kepimpinan tertinggi PAS.

“Saya rasa seronok empat hari tanpa jawatan, relaks dan boleh tumpu pada parlimen dan kawasan sayalah.

“Saya tetap sebagai yang dipertua Pokok Sena dan ahli Parlimen Pokok Sena,  perlu fokus, lebih-lebih lagi mahu dekat Ramadhan ni,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Mahfuz bersama penyandang Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub gagal dalam persaingan bagi jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS minggu lepas.

Jawatan tersebut dimenangi oleh Idris Ahmad, Datuk Nik Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Ab Samad dari golongan ulama.

Ditanya sama ada beliau akan menerima sekiranya mendapat tawaran dari Persatuan Ummah Sejahtera  (PasMa), Mahfuz menjawab ringkas: "Tidak mahu."

Ditanya mengenai rancangan perjumpaan bersama penyandang yang kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS itu, Mahfuz berkata: “Sekiranya ada kerja lain saya tak dapat hadir, kita lihat dulu bagaimana."

Semalam, bekas naib presiden PAS Ahmad Awang merancang untuk mengadakan satu pertemuan pada minggu depan di antara mereka yang kalah dalam pemilihan PAS.

Lihat Komen
ADS