Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tuah Blanket anak Michael Jackson
Diterbitkan:  Jun 11, 2015 5:35 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Enam tahun sudah berlalu sejak Raja Pop meninggalkan peminatnya pada 2009, tetapi  kisah dia hampir menghumban anak lelakinya dari balkoni masih segar dalam ingatan peminat.

Kini, Blanket Jackson sudah dewasa dan imej terbaru itu boleh dilihat melalui majalah tahunan sekolah disiarkan oleh agensi media Radar Online.

Blanket yang mendapat pendidikan di rumah sebelum ini mulai bersekolah di Sekolah Buckley Sherman Oaks, California sejak tahun lepas.

Gambar yang terpapar dalam majalah sekolah itu pula diambil semasa dia berada di tahun ketujuh.

Namun nama pada imej itu ditulis nama Bigi Jackson, bukannya Blanket, gelaran yang sering dipanggil oleh rakannya di sekolah itu.

Menurut sumber, Blanket seorang pelajar yang sangat baik, dia mungkin memiliki sifat itu daripada bapanya.

“Sifat Blanket amat bertentangan dengan Paris dan Prince kerana dia lebih pendiam,” kata sumber merujuk kepada kakak dan abang Blanket yang dijaga nenek mereka Katherine, 85, selepas kematian Michael Jackson pada 2009.

“Pasti Michael bangga dengan Blanket. Dia amat baik, kelakar dan suka menolong.

“Dia menawarkan diri untuk membantu kanak-kanak lebih muda dan dia amat baik pada mereka. Mungkin sifat ini diwarisi daripada bapanya,” kata sumber itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS