Penangkapan seorang wanita British yang didakwa berbogel di atas Gunung Kinabalu telah mendorong UK untuk mengkaji semula nasihat perjalanan bagi pelancong ke Malaysia.

 

"Pasukan nasihat perjalanan akan berbincang dengan meja Malaysia, cara terbaik untuk mengemaskinikan nasihat perjalanan ekoran kejadian itu.

 

"Mereka akan mengkajinya semula [...] mereka mungkin termasuk (merujuk kepada kejadian itu) sebagai amaran supaya ia tidak berlaku lagi," kata Pejabat Luar British, lapor The Guardian.

 

Eleanor Hawkins, 23, adalah antara empat rakyat asing yang sedang ditahan di Sabah kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut.

 

Yang lain ialah adik-beradik dari Kanada, Danielle dan Lindsey Petersen, dan seorang lelaki Belanda, Dylan Snel.

 

Mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan didenda.

 

Mereka ditahan berikutan berlaku gempa bumi besar di Ranau yang meragut 18 nyata di Gunung Kinabalu.

 

Berikutan gempa bumi, beberapa ahli politik Sabah mendakwa bahawa beberapa penduduk tempatan percaya ia akibat semangat gunung Gunung Kinabalu marah dengan perbuatan berbogel itu.

 

Orang Kadazandusun Sabah menganggap Gunung Kinabalu menjadi tempat suci.

[Baca berita penuh/asal]