Bintang Hollywood Christopher Lee, yang terkenal dengan lakonnya sebagai Saruman ( Lord of The Ring ) dan drakula ( Horror of Dracula ), meninggal dunia pada umur 93 tahun.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke hospital kerana mempunyai masalah pernafasan dan kegagalan jantung, lapor The Guardian .

Pelakon veteran itu meninggal dunia Ahad lalu pada jam 8.30 pagi di sebuah hospital di London.

Isterinya Birgit Kroencke, seorang bekas model, tidak mengumumkan kematiannya lebih awal untuk memaklumkan kepada anggota keluarganya terlebih dahulu.

Lee meninggalkan seorang anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan Kroencke selama 50 tahun.