Di sebalik imejnya yang intim dengan watak jahat, tidak ramai yang sedar Christopher Lee adalah peminat tegar irama metal dan ia dipamerkan di akhir hayatnya.

Nama Lee akrab dengan watak Dracula atau Frankenstein. Dia juga diingati dengan sifat kejam Francisco Scaramanga dalam filem James Bond The Man With The Goldern Gun pada 1974.

Dalam Lord of the Ring, Lee, muncul dengan watak Saruman.

Ternyata sifat sebenar Lee terhadap muzik kurang terdedah kepada umum.

Lee mula cenderung kepada irama metal sejak awal 1970-an dan lagu kumpulan Black Sabbath yang membawa pencerahan kepadanya.

Dan Lee juga mempunyai album lagunya sendiri.

Dalam video promosi untuk album keempat – dan terakhirnya - Charlemagne: By the Sword and the Cross, pada 2013, Lee memberitahu gitaris Black Sabbath, Tony Iommi: “Ada adalah bapa muzik metal.”

Sengaja umum lewat

Iommi kemudian menjawab: “Namun anda adalah orang yang memulakannya kerana kami menonton filem Dracula dan filem seram lain. Anda mempengaruhi kami.”

Lee meninggal dunia di Hospital Chelsea and Westminster pada 7 Jun lalu selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami masalah pernafasan serta kegagalan jantung.

Dia mengalami nasib begitu sejurus selepas meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-93.

Bagaimanapun pengumuman kematian Lee dilewatkan isterinya sehingga semalam bagi membolehkan semua anggota keluarga dimaklumkan terlebih dulu.

Bagaimanapun punca rasmi kematian Lee tidak didedahkan setakat ini.

Pembabitan secara langsung Lee dengan muzik metal tidak berlaku sehingga 2005 apabila actor itu menyumbangkan suaranya untuk single kumpulan simfoni metal dari Itali, Rhapsody of Fire, The Magic of the Wizard’s Dream.

Sebelumnya Lee menjadi penyanyi lagu mengiringi penutup filem seram, Funny Man pada 1994.

Mula serius dalam metal

Album pertama Lee muncul – dan mendapat pujian ramai peminat – pada 2010 berjudul Charlemagne: By the Sword and the Cross.

Walaunpun sudah berusia lanjut ketika itu, Lee tetap menggelar dirinya sendiri sebagai “seorang anak muda yang berada di permulaan kerjaya”.

Pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-90, Lee mengumumkan kemunculan single baru Let Legend Mark Me as the King yang dimuatkan dalam album kedua, Charlemagne: The Omens of Death.

Ia adalah detik untuk Lee terbabit dengan serius dalam irama heavy metal.

Lee kemudian menjadi artis heavy metal paling tua dalam sejarah genre itu.

Pada tahun lalu Lee menyatakan, dia perlu kekal aktif melakukan kegiatan yang paling digemarinya.

"Saya tak pasti berapa lama lagi saya akan hidup. Justeru setiap hari adalah hari perayaan dan saya mahu berkongsi dengan peminat," katanya.

Hasil sumbangan besar Lee kepada muzik metal - melalui muzik dan filem - beliau menerima anugerah SPirit of Metal daripada Iommi pada 2010.