Dibayangi pelbagai kontroversi dan penampilan seksi, penyanyi dangdut Cita Citata rupa-rupanya berhati lembut, terutama apabila melihat keadaan bapanya yang uzur.

Sejak beberapa hari lalu bapa Cita ditempatkan di sebuah wad di Hospital Santosa Bandung International.

Gambar yang dimuatnaik dalam akaun Instagram cita_citata itu jelas menunjukkan penyanyi berusia 20 tahun itu sedang sugul melihat keadaan bapanya.

Dalam gambar yang diambil ketika dia bersebelahan bapanya yang sedang lelap, Cita tetap kelihatan cantik walaupun hanya berseluar jeans dan mengenakan kemeja T.

Cita juga berharap supaya peminat mendoakan bapanya.

“Alhamdulillah, setiap kali berpeluang menjaga ayah ia akan membuatkannya tenang. Semoga perjuangan kita tidak sia-sia ya ayah. Ayah kembali sihat, amin.”

Imej berserta kapsyen yang dimuat naik itu mendapat reaksi positif pengikutnya dan mereka turut mendoakan agar bapa Cita cepat sembuh.

Seorang pengguna menulis: “@cita_citata yang sabar. Allah selalu mengabulkan doa seorang anak untuk orang tuanya.. :) love u.

Pengguna akaun _naughty37 pula menulis: “Terus jaga ayah ya kak @cita_citata.. semoga penyakitnya diangkat dan dapat berkumpul semula dalam bulan Ramadhan.. agar boleh buka puasa dan bersahur bersama.. Amin ya Rabb.”