Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Malaysiakini semalam mengemukakan permohonan untuk mendapakan hakim baru bagi mengadili perbicaraan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap portal berita itu.

Permohonan dibuat Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gas selepas hakim Datuk Kamaludin Mohd Said dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban dan hakim baru dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu dilantik.

Setakat ini, kes berkenaan tidak diteruskan dan hakim belum mendengar permohonan Najib untuk mengetepikan hujah pembelaan dan hujah balas daripada Malaysiakini .

 Ia sepatutnya didengar pada 26 Jun ini.

Dalam afidavit sokongannya, Gan berkata, pada 18 Jun tahun lalu Kamaludin dilantik untuk mendengar kes berkenaan ketika beliau menduduki jawatan pesuruhjaya perundangan.

Ekoran itu Malaysiakini mengemukakan permohonan untuk menarik diri atas alasan Kamaludin mungkin menghadapi konflik kepentingan kerana Najib bertanggungjawab menasihat Yang di-Pertuan Agong melantik hakim menurut Artikel 122B(1) Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS