Menter Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini menafikan serbuan yang dijalankan di kawasan Uptown Shah Alam bersifat rasis.

Mengulas dakwaan dibuat beberapa blog, Hasan berkata, beliau diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk menjalankan tugas tanpa mengambil kira faktor kaum.

"Kami sudah menjalankan serbuan di Jalan Petaling (yang ramai peniaga Cina) sekurang-kurangnya empat kali. Cuma media tidak melaporkannya," kata beliau dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sebelum ini ada pihak mendakwa serbuan berkenaan didorong oleh pertimbangan rasisme.

Menurut mereka kawasan yang disasarkan itu adalah tempat peniaga Melayu mencari rezeki.

Serbuan berkenaan dijalankan untuk menangani penjualan barangan tiruan serta perniagaan yang tidak berdaftar untuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan.

Kementerian sudah berjaya

Kata Hasan penguatkuasa juga pernah menjalankan operasi sama di kawasan Brickfields (yang ramai peniaga India) sebelum di Shah Alam.

Kata Hasan, persepsi yang menganggap serbuah penguat kuasa dibuat atas pertimbangan bangsa perlu diperbetulkan.

Menurut Hasan, tindakan hanya diambil ke atas mana-mana peniaga yang melanggar undang-undang tanpa mengambil kira latar bangsa mereka.

"Peniaga yang sudah dikenakan tindakan termasuk India, Cina dan Melayu," katanya.

Sementara itu Hasan juga menyatakan, Malaysia tidak lagi berada dalam senarai pemantauan AS sejak 2012 dan ia adalah bukti kejayaan kementerian mengatasi masalah barangan tiruan.

"Kejayaan ini akan menarik pelaburan langsung asing ke negara kita," katanya.

[Baca berita asal]