Entah bagaimana bekas vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, boleh terlupa salah seorang anaknya adalah perempuan.

Ketika ditemu bual dalam program bual bicara Mata Najwa, Ahmad Dhani ditanya mengenai anak-anaknya.

Secara spontan penyanyi, penerbit album dan pemuzik bernama sebenar  Dhani Ahmad Prasetyo mendakwa semua anaknya adalah lelaki.

Ahmad Dhani berkata-kata benar, memang, kecuali dia 'melupakan' isteri keduanya, Mulan Jameela.

Hasil perkahwinan Ahmad Dhani dengan Maia Estianti sejak 14 tahun lalu mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani.

Namun rumah tangganya dengan Mulan - yang awalnya dirahsiakan - dihiasi kehadiran seorang puteri bernama Safeeya.

 

Daddy's Little girl #AhmadDhani #ADPinstagram #TBT

A photo posted by Ahmad Dhani Prasetyo (@ahmaddhaniprast) on

Sikap pencipta lagu Laskar Cinta itu segera mengundang kemarahan ramai.

Menyedari dia melakukan kesalahan, Ahmad Dhani kemudian menyiarkan gambarnya bersama Safeeya dalam Instagram.  

Dalam gambar yang dimuat naik menggunakan akaun @ahmaddhaniprast itu, selebriti berkenaan dilihat mengucup dahi Safeeya dengan mesra sambil menulis: “Anak ayah.”

Pengguna Internet yang mencemuh penyanyi Pupus itu menyatakan: “Eh,lupa, Ahmad Dhani ingat anaknya semua lelaki di Mata Najwa, hingga dia harus diingatkan oleh Najwa Shihab dia mempunyai anak perempuan. Ia fakta, tapi sampai boleh lupa anak?”

Seorang lagi pengguna pula berkata: “Ooo, inikah anak yang namanya tidak disebut kelmarin?”