Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri gembira Dr M kini sokong kebebasan bersuara

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau berasa gembira dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan 'U' berkaitan kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat Malaysia.

"Saya berasa gembira sebab sejak akhir-akhir ini dia (Mahathir) dah pandai bercakap pasal kebebasan bersuara. Sebab masa dia jadi PM dulu dia langsung tak kisahkan kebebasan bersuara ni," katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas mengenai Dr Mahathir yang mempertahan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi pandangan mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog berkaitan 1MDB, Nazri berkata raja tidak boleh terlibat dalam politik kerana Malaysia berpegang teguh kepada sistem raja perlembagaan yang meletakkan raja di atas politik.

"Ini adalah konvensyen negara yang amalkan sistem ini. Oleh itu raja tak boleh terlibat politik," katanya.

Semalam, Dr Mahathir mengulas kenyataan Nazri terhadap Tunku Ismail supaya tidak terlibat dengan politik, berkata tengku mahkota itu mempunyai hak yang sama untuk bersuara kepada sesiapa shaja mengikut undang-undang.

Tengku Mahkota itu berkata rakyat tidak sepatutnya dipersalahkan kerana hlang keyakinan dan kepercayaan kepada Najib selepas beliau gagal hadir dalam forum 'Nothing2Hide' pada 5 Jun.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS