Kegilaan terkini selebriti yang gemar memuat naik gambar mereka di dalam gimnasium bukan khusus kepada golongan lelaki, malah wanita seperti dilakukan penyanyi dan pelakon Agnes Monica.

Dalam akaun Instagramnya, Agnes menayangkan bentul tubuhnya yang kian kekar istimewa buat peminatnya.

Memang Agnes, 29, sudah memiliki bentuk badan menawan sebelum ini namun penampilan terbarunya ketara berbeza.

Sebelum ini tubuh Agnes kelihatan lebih kurus.

Selepas penyanyi lagu 'Matahari' itu memuatnaik imej berkenaan dalam akaun Instagramnya, ia mengundang pelbagai reaksi pengguna Internet.

Sesetegah peminat berasa kurang senang apabila Agnes tidak lagi kelihatan feminin bahkan seperti lelaki.

Imej Agnes yang memakai coli dan seluar sukan itu  juga kelihatan seperti atlet bina badan.

Dalam satu akaun Instagram myfitnezdiary, Agnes yang menunjuk punggugnya yang berotot dikritik kerana sudah tidak seksi sebaliknya 'menakutkan'.

Namun, menurut Agnes, itu adalah perkara yang digemarinya.

Dan ada kemungkinan antara penyebab Agnes berbuat demikian adalah kerana kedua orang tuanya juga atlet.

Nama Agnes kini semakin panas di peringkat antarabangsa terutama selepas dia menandatangani perjanjian dengan syarikat Cherri Party dimiliki oleh Sony Entertainment.