Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terus mengundang kritikan kerana menggesa kaum kerabat, seperti Tengku Mahkota Johor, supaya tidak membuat kenyataan politik.

Dalam satu kenyataan semalam, ahli exco kerajaan negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan menasihatkan Nazri supaya jangan bersikap "kurang ajar".

"Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri untuk mengatakan sesuatu perkara yg melibatkan institusi diraja. Jangan bermain api.

"Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat johor," kata Zulkurnain yang juga ketua Umno bahagian Parit Sulong.

"Pendirian menteri ini tidak mewakili kepimpinan Umno atau rakyat kerana beliau hanyalah ahli Majlis Tertinggi yang dilantik," kata Zulkurnain lagi.

Sementara itu, 46 NGO kaum India di Johor telah membuat laporan polis terhadap Nazri berkaitan perkara itu.

Sebanyak 46 Persatuan Negeri Johor Darul Takzim diketuai oleh Encik Kumaran Ramakrishnan telah membuat aduan di balai...

Posted by Agilan Raman on Sunday, 14 June 2015

Laporan tersebut dibuat oleh T Katirber, bagi pihak 46 kumpulan itu, di Balai Polis Johor Bahru Tengah.

Dalam laporannya itu, beliau mahu menteri berkenaan memohon maaf dan menarik balik kenyataan terhadap Tengku Mahkota Johor.

[Baca berita penuh/asal]