Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini berjanji kepada Umno bahagian bahawa beliau akan menyelesaikan masalah 1MDB sebelum akhir tahun ini.

Janji ini dibuat kepada kira-kira 1,500 ketua penerangan  dan wakil NGO, semasa taklimat tertutup di PWTC hari ini, lapor Berita Harian Online.

Bekas naib ketua Umno bahagian Bagan Datoh, Hasan Hamzah memberitahu pemberita bahawa perkara itu dibincangkan dengan teliti dalam perjumpaan tersebut.

Beliau dilaporkan berkata penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri itu berbeza dengan apa yang dikatakan di media sosial atau pembangkang.

"Bukan mudah untuk menguruskan sebuah syarikat besar (seperti 1MDB). Ia memerlukan masa dan beliau menggesa orang ramai supaya pemahaman.

"Berikan masa yang cukup kepadanya dan beliau akan menyelesaikan masalah 1MDB ini dalam masa beberapa bulan," katanya menurut laporan Berita Harian Online .

Sementara itu, Star Online melaporkan Najib mengadakan taklimat yang sama untuk setiausaha Umno bahagian di pusat latihan parti itu di Janda Baik, Pahang.

Dalam sesi tertutup selama 90 minit itu, Najib juga menjawab kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,

Wakil Unit Perancang Ekonomi dan 1MDB juga turut hadir.

[Baca berita penuh/asal]