Terus bersuara walau dihalang. Begitu kelicikan anggota kumpulan Superman Is Dead (SID) ketika mereka mengadakan konsert bertajuk Change The Ordinary di Gong Perdamaian Kertalangu, Bali.

Terdahulu kumpulan punk rock dari Bali itu diberi amaran oleh polis supaya tidak berkempen menolak projek penebusgunaan tanah di pulau peranginan berkenaan di atas pentas.

Dengan kekangan itu  Jerinx, Bobby Kool, Eka Rock tetap ‘bersuara’ dalam diam.

Mereka bersama-sama mengenakan baju kemeja T tanpa lengan  bertulis Bali Tolak Reklamasi sambil menampal mulut mereka dengan pita pelekat berwarna hitam.

Di tebing pentas mereka berdiri berbaris sambil mengepal tangan kiri masing-masing ke atas.

Menceritakan kejadian itu, Jerinx berkata, memang ada anggota polis yang menitip pesan supaya kempen membantah rancangan kerajaan itu tidak diuar-uarkan.

 

Anak muda itu kalau ditekan akan makin melawan. Catat itu pak! http://www.uwong.co/2015/06/ini-cara-sid-suarakan-bali-tolak-reklamasi-ketika-dilarang-aparat-kepolisian-3

Posted by Superman Is Dead on Saturday, June 13, 2015

“Tetapi kami enggan mengalah. Kami akan melawan dengan cara yang kami mampu,” katanya.

Bali Tolak Reklamasi adalah kempen massa yang membantah rancangan kerajaan menebusguna kawasan Teluk Benoa di bahagian selatan Bali.

Asalnya pesisir pantai itu adalah kawasan rezab Negara yang perlu dijaga namun statusnya diubah oleh Susilo Bambang Yudhoyono ketika beliau menjadi Presiden Indonesia.

 

Menjelang pemilihan presiden lalu, Joko Widodo menggunakan isu berkenaan untuk menarik sokongan pengundi.

 

Bagaimanapun selepas memenangi pilihan raya presiden, Joko Widodo dilaporkan tidak membuat sebarang ulasan terhadap janjinya membatalkan projek tebus guna berkenaan.

 

Sepeda adalah Perlawanan!

Posted by Superman Is Dead on Sunday, June 14, 2015

 

Projek pembinaan pusat pelancongan seluas 700 hektar itu – jika diteruskan – bukan saja akan menjejaskan hidupan laut malah mengancam pendapatan nelayan.

 

Kata Jerinx pihak berkuasa perlu tahu sifat semula jadi anak muda yang akan semakin kuat melawan jika terus ditekan.

 

“Dan inilah cara kami melawan,” kata pemain dram SID itu.