Anggota parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata beliau akan menyenaraikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai saksinya dalam kes saman perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Wakil rakyat DAP itu berkata langkah itu diambil susulan kenyataan hampir sama di blognya berkaitan aduan orang ramai bahawa Rosmah berlagak seperti perdana menteri.

“Kenapa saman saya saya tetapi tak saman Mahathir?

“Saya akan panggil Mahathir ke mahkamah sebagai saksi,” kata Nga kepada Malaysiakini.

The Star Online hari ini melaporkan bahawa Najib dan Rosmah memfailkan saman terhadap Nga, ketua DAP Petak, atas dakwaan memfitnah mereka di Facebook.

Peguam mereka Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata salinan tuntutan yang difailkan minggu lalu itu akan diserahkan kepada Nga segera.

Mengulas kes itu, Nga mencabar Najib dan Rosmah tidak mengelak daripada prosiding mahkamah.

“Saya cabar Najib dan Rosmah, datang ke mahkamah, berdepan-depan pertahankan kamu,” katanya.

[Baca berita asal]