Kalau hati sudah marah, peduli apa dengan orang lain.

Dalam pertelingkahan di antara penyanyi Chris Brown dan model Karrueche Tran, medan mereka meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada adalah Instagram.

 

First off @chrisbrownofficial you just did an interview w Ryan Seacrest in which you spoke about me. My interview w Access Hollywood was not entirely about you.. they asked a question and as a mature adult I answered. I'm not gonna shy away from something that I lived through. I'm talking about my life and experiences. I'm not speaking on you or bashing you (like I easily could). Don't be mad at me because our relationship is over due to your lack of loyalty. You know what's weak?? You forcing yourself into my car.. my broken window.. blowing up my phone.. trying to shower me w gifts.. Man the fuck up and change the bs in your life like I've told you several times. Since you want to hear about my career - check out @vanityseries every Thursday on StyleHaul.com.. Emmy winning @thebaytheseries this Sept and 3 Headed Shark Attack on SyFy next month. Best of luck to you and beautiful Royalty ❤️

A photo posted by karrueche (@karrueche) on

Kejadian berlaku selepas penyanyi rap berusia 26 tahun itu mengutuk Karrueche, 27, dengan mendakwa jelitawan kacukan Afrika - Vietnam itu sengaja mendedahkan perihal hubungan mereka dalam satu wawancara bersama Access Hollywood .

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ayo itu berkata sinis: “Sejujurnya, tidak ada makna melakukan wawancara mengenai saya. Cakaplah mengenai karier kamu.

“Jika sudah tiada hubungan lagi, maka kamu tidak perlu melakukan wawancara kerana sememangnya saya tidak suka orang lain mendapat kepuasan mencampuri urusan peribadi saya,” katanya.

Kenyataan di akaun Instagram Brown itu disedari Karrueche yang kemudian membalas dalam akaunnya pula: “Mereka bertanyakan soalan dan sebagai seorang yang matang, saya menjawabnya. Saya tidak akan malu daripada apa yang saya hadapi.

“Saya tidak bercakap atau menghentam kamu walaupun saya boleh melakukannya dengan mudah. Jangan marah saya kerana hubungan kita berakhir akibat ketidakjujuran kamu,” katanya.

'Perang Instagram' itu tidak berakhir di situ kerana Karrueche menggunakan kesempatan yang ada untuk menjelaskan rasa tidak puas hatinya, terutama selepas baru-baru ini mereka terbabit dalam pergaduhan di sebuah kelab malam di Los Angeles.

“Kamu tahu apa yang lemah? Kamu memaksa diri kamu berlari ke arah saya dan memecahkan tingkap kereta, merosakkan telefon dan cuba membeli saya dengan hadiah."

“Cuba jadi lelaki sejati dan berubah dari segala penipuan dalam hidup  kamu seperti yang saya sudah beritahu beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Brown bertindak seolah dia tidak menyedari komen daripada bekas kekasihnya itu dengan berkata: “Saya  berterima kasih selamanya kerana kamu menjadi sebahagian daripada hidup saya. Banyak saya pelajari daripada kamu.

“Saya berdoa yang terbaik dan agar kamu berbahagia,” katanya.

Selain itu, Brown turut memuatnaik gambar mereka bersama dengan berkata: “Apa yang saya buat hanyalah cuba melakukan yang terbaik untuk wanita yang dicintai.”

Brown sebelum ini pernah bercinta degan Rihanna, bagaimanapun, hubungan itu turut tidak berakhir dengan baik apabila dia didakwa membelasah penyanyi lagu Umbrella berkenaan.