Kemunculan gambar Rihanna bersama bintang kelab Real Madrid, Karim Benzema mencetuskan gosip mengenai kemungkinan mereka kini sedang dilamun cinta.

Gambar itu dilaporkan diambil selepas kedua-dua mereka menghabiskan masa bersama di sebuah restoran.

 

Rihanna arriving at Giorgio Baldi Restaurant in Los Angeles on Saturday. 🍝

A photo posted by Rihanna Daily (@rihannadaily) on

Dalam imej disiarkan agensi media itu, Rihanna dan Karim kemudian berjalan berasingan ke kenderaan masing-masing selepas keluar dari restoran Itali kegemaran Rihanna, Giorgio Baldi di Santa Monica semalam.

Khabarnya sebelum itu pasangan berkenaan benar-benar mengbabiskan masa berdua-duaan apabila mereka menempah sebuah bilik peribadi dan tidak meninggalkan premis itu selama empat jam.

Kisah percintaan si jelita berusia 27 tahun itu memang tidak pernah lekang dari bibir peminat apabila hidupnya sering dikaitkan dengan nama selebriti terkenal.

Penyanyi Chris Brown, Drake, legenda bola keranjang LeBron James dan  bintang besbol Matt Kemp adalah antara lelaki yang dilihat pernah mengintimi Rihanna.

Sebelum ini, Karim menemani Rihanna beberapa kali di tempat hiburan terkenal, termasuk Kelab 10AK di Los Angeles Khamis.

Rihanna dan Karim, 27, juga dilihat berdua di sebuah restoran di New York sebelum mereka menaiki pesawat peribadi.

Kali pertama pasangan itu dikaitkan bersama adalah pada Jun 2014 iaitu ketika demam Piala Dunia di Brazil.

 

Direction L.A. !!! 󾍇

Posted by Karim Benzema on Monday, June 8, 2015

Ketika itu Karim mewakili negaranya, Perancis.

Rihanna dilaporkan turut menulis kata-kata memujuk Karim melalui Twitter selepas skuad Perancis gagal mencapai kejayaan.

Rihanna menulis: “@Benzema, saya rasai kesakitan kamu ketika ini.”

Dan komen itu dibalas oleh Karim: “@rihanna, tanpa kejerihan, tiada kejayaan. terima kasih untuk sokongan itu.”

Karim sempat berada di Amerika Syarikat kerana musim La Liga Sepanyol sedang berehat ketika ini.