Demo sokong istana di JB petang ini
Nazri pada 13 Jun meminta Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya tidak campur tangan dalam urusan politik atau bersedia untuk 'dibelasah'.
Sebagai reaksi balas, Tunku Ismail dalam kenyataannya semalam mengingatkan bahawa menteri “bukan tuhan dari syurga” yang tidak boleh ditegur.
Baginda juga berkata tegurannya itu dibuat sebagai pemimpin rakyatnya di Johor demi mengingatkan pemimpin negara supaya berkhidmat kepada rakyat.
Perhimpunan di Johor hari ini bukan pertama kali seumpamanya.
Pada 30 Jun 2012, ribuan rakyat Johor berkumpul di Taman Pelangi, Johor Bahru ketika berdepan isu hampir sama.
Perhimpunan ketika itu dibuat sebagai reaksi terhadap kenyataan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkaitan bidaan sultan untuk nombor pendaftaran kenderaan WWW1.

