Dapat pingat dapat keji, disokong di FB (Facebook).

Selepas menyumbangkan pingat emas kepada negara di Sukan SEA 2015 Singapura,  atlet gimnastik Malaysia Farah Ann Abdul Hadi dikritik kerana berpakaian mencolok mata ketika beraksi.

Ketika kumpulan yang mengecam Farah Ann terus memberikan hujah masing-masing bagi menghalalkan kutukan itu, satu akaun Facebook menyokong atlet itu muncul di alam maya.

 

Hello Everyone, I would just like to express my sincerest gratitude to all of you who have been supporting me. It is...

Posted by Farah Ann Abdul Hadi For Malaysia on Sunday, June 14, 2015

Akaun Farah Ann Abdul Hadi for Malaysia itu dikatakan untuk memberi sokongan kepada atlet muda disertai biodata ringkas gimnas tersebut dengan meletakkan nama panuh, tarikh lahir, umur, keturunan dan agama dan pencapaian terbarunya.

Akaun tersebut dilihat diurus oleh administrator yang tidak dikenali.

Sejak dibuka 13 Jun lalu ada akaun berkenaan mendapat hampir 15,000 like .  

 

Akaun berkenaan turut memuatnaik video aksi Farah Ann untuk Sukan SEA Singapura 2015 serta gambar-gambar kejayaannya.

Turut dimuatnaik komen beberapa tokoh dan pemimpin yang mengulas mengenai isu pakaian Farah Ann yang mendapat liputan meluas di media massa.

Antaranya, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, Marina Mahathir dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.