Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIC gantung keahlian Subramaniam, 13 lagi
Diterbitkan:  Jun 16, 2015 1:42 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel mengumumkan tindakan menggantung keahlian 14 orang pemimpin tinggi parti itu, termasuk timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Penggantungan itu berkuatkuasa serta merta selama setahun, kata Palanivel dalam satu kenyataanya hari ini.

Jelasnya, keputusan itu dibuat ekoran “mesyuarat haram” yang dijadualkan akan diadakan pada hari ini oleh individu terbabit, yang menurutnya terlibat dengan jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang tidak sah.

“Pada 15 Jun 2015, saya dengan serta merta mengeluarkan memo kepada semua anggota CWC dan pemimpin lain untuk membatalkan mesyuarat haram CWC sementara itu...,” katanya.

Katanya individu terbabit tetap berdegil untuk tidak membatalkan mesyuarat berkenaan, yang dianggap sebagai perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

Maka beliau menggunakan kuasanya mengikut Perkata 61.1 Perlembagaan MIC untuk menggantung keahlian individu terbabit:

  • Datuk Seri Dr S Subramaniam
  • Datuk M Saravanan
  • Datuk Seri SK Devamany
  • N Rawisandran
  • Datuk R Ganesan
  • Datuk M Davendran
  • Datuk KRA Naidu
  • Datuk VM Panjamothy
  • P Manivasagam
  • S Ananthan
  • M Mathuraiveran
  • Datuk M Asojan
  • P Shanmugan
  • Mohana Muniandy

Lihat Komen
ADS