Seorang lagi pemimpin PAS telah meletak jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

 

Mhd Nasir Yahya, seorang daripada dua orang yang dilantik dari PAS dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menghantar surat peletakan jawatannya, berkuatkuasa 15 Jun.

 

Ini telah disahkan oleh Exco bagi kerajaan tempatan, Chow Kon Yeow.

 

Seorang lagi ahli majlis, Yacoob Omar, belum menghantar surat peletakan jawatannya.

 

Chow, yang juga pengerusi DAP Pulau Pinang berkata Mhd Nasir (gambar) datang ke pejabatnya di Komtar untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya.

 

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih Mhd Nasir atas sumbangan dan perkhidmatannya ahli Majlis," kata Chow dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ketika dihubungi, Mhd Nasir berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan selepas menimbangkan perkara itu selama dua hari.

 

"Ini adalah keputusan saya sendiri. Pihak parti masih belum memberikan apa-apa arahan," katanya sambil menambah beliau membuat keputusan itu atas prinsip.

Mhd Nasir melahirkan harapan bahawa DAP dan PAS dapat berkompromi bagi melindungi kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.

 

Jika tidak, katanya, Pakatan akan berpecah dan "itulah yang kita tidak mahu lihat."

Mhd Nasir telah dilantik sebagai ahli kewangan pengurusan, infrastruktur dan trafik, penguatkuasaan dan jawatankuasa pendidikan awam bagi penggal 2015.

 

Mhd Nasir telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pendidikan awam, penguatkuasaan, infrastruktur dan trafik, dan pengurusan kewangan bagi penggal 2015.
 
Beliau dilantik ke jawatan itu selepas seorang lagi lagi majlis PAS, Iszuree Ibrahim, digugurkan daripada senarai tahun lepas.
 

Mohd Nasir adalah yang pemimpin keempat dari PAS untuk meletakkan jawatannya, selepas bekas timbalan presiden Mohamed Sabu dan bekas timbalan pesuruhjaya negeri, Datuk Mujahid Yusif Rawa.

 

Mohamed meletakkan jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif dari lembaga pengarah PBA Holdings Berhad dan Hab Halal Pulau Pinang, manakala Mujahid melepaskan jawatan dalam lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Pulau Pinang.

 

Tindakan mereka adalah ekoran keputusan PAS di muktamarnya ke-61 di Selangor minggu lepas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

[Baca berita penuh/asal]