Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kisah Ahmad Maslan & nasi goreng tiada GST
Diterbitkan:  Jun 17, 2015 1:45 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Sejak berkongsi gambar nasi goreng tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan merasa seronok kerana gambar itu dikongsi meluas.

Gambar itu diulang tweet sebanyak 3,335 – rekod tertinggi perkongsian yang pernah dicapainya.

“Ini adalah rekod untuk diri sendiri,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Ahad lalu, Ahmad berkongsi petua mengelak GST dengan caranya tersendiri di Twitter.

Ia bagaimanapun beliau telah di kritik hebat pengguna alam maya.

Ahmad pada 7 Julai lalu menulis di Twitter tanpa membayar cukai itu, pengguna boleh menikmati hidangan menarik lengkap dengan telur, ayam dan daging.

Ahad lalu beliau sekali lagi cuma mempromosikan saranan masak sendiri untuk mengelakkan beban kewangan dengan memuat naik sekeping lagi gambarnya sedang memasak nasi goreng.

Seperti biasa, ia terus mengundang kritikan hebat.

Mengulas perkara itu, Ahmad berkata walaupun ramai tidak percaya, beliau sudah banyak kali masak untuk anggota keluarganya.

Menjelaskan mengenai hirisan timun yang digunakannya, Ahmad berkata ia sebahagian daripada seni hiasan makanan.

Jelasnya tidak salah menjadi kreatif dan kreativiti tidak terhad.

Lihat Komen
ADS