Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertama kali cuba menghubungi kumpulan yang baru memenangi pertandingan Battle of the Bands ini, sukar juga. Terpaksa menggunakan orang tengah, barulah dapat nombor seorang gitarisnya, Moe.

Cuba hubungi – gagal menembusi talian.

Cuba lagi kali kedua. Kali ini menerusi media sosial idea Mark Zuckerberg. Barulah ada harapan untuk dapat menemubual mereka.

Beatburns dianggotai enam anak muda pada 2009 lagi. Namun untuk sesi bertemu Malaysiakini , hanya tiga daripada mereka dapat hadir, iaitu Lynd atau Maruxa Linda Lomoljo, 26, yang menjadi vokalis, Moe ( gambar ) atau Mohamad Fairuz Kamarudin, 28, (gitaris). Seorang lagi gitaris ialah Zikri Zakaria, 24.

Tiga anggota lain Beatburns ialah Eman atau Mohd Razman Rashid (keyboard), Gastzubair atau Muhammad Zubair Sadri (dram) dan Aron atau Mohd Azron Ehsan (basis).

Dalam sesi ini, nampaknya hanya dua daripada mereka yang sering menjawab soalan, kerana seorang lagi lebih banyak tersipu-sipu walaupun dia penah menganggotai kumpulan metal suatu ketika dulu.

Boleh cerita sedikit macam mana boleh masuk Battle of the Bands anjuran Shaftsburysquare dan menang RM5,000 di tempat pertama?

Sebenarnya kami tidak ada jangkaan untuk menang. Kami tidak main lagu cover , sebaliknya lagu sendiri. Kemudian kami berjaya masuk saringan dan kemudian terpilih ke pusingan akhir. Kami cuba tampilkan sedikit menggunakan projektor video untuk memberikan mood .

 

Genre korang memang pop punk?

Sebelum ini kami melabel diri sebagai pop punk. Main lagu rentak laju dan indie, tetapi kemudian penat sebab dicop seperti Paramore band dari Amerika Syarikat tu. Dari situ kami cuba bentuk kelainan sebab bila ada vokalis wanita dalam kumpulan, memang senang dicop Paramore. Itu sebab kami buat eksperimen dengan bunyi sebab tidak banyak kumpulan di Malaysia macam tu.

Jadi sebenarnya apa genre korang ? Sebab kalau Google tak dapat ni..dan kenapa?

Moe: Indie Alternatif, sebab banyak benda boleh dibuat. Itu yang membuatkan ia bagus.

Lynd: Kalau boleh kami tidak mahu label. Tetapi untuk orang lain faham, kami jawab indie sebab dia ada kepelbagaian.

Jadi ia lebih kepada eksperimental?

Moe: Tepat. Bila orang tanya genre kami, mereka mesti kaitkan dengan pop. Pada saya pop bukan genre tetapi lebih kepada muzik. Apa yang orang boleh terima dan suka mereka panggil pop.

Lynd: We are not Pop

(Memang sekali-sekala Lynd bercakap dengan slanga Inggeris kerana dia berasal dari Filipina, tetapi fasih berbahasa Melayu.)

Boleh jelaskan macam mana korang boleh tukar genre? Sebab sebelum ni pop punk. Bila mula tukar genre?Perlahan-lahan.

Memang kami tidak mahu ulang format sama. Dari zaman Celine penyanyi asal kumpulan ini, masa EP pertama kami sudah ada lima lagu unsur berbeza. Ada berat, ada balad dan campur. Jadi pop punk itu kurang sesuai. Cuma masa itu, kebanyakan lagu bising dan laju, tetapi pendekatan kami berbeza dengan adanya instrument tambahan seperti ukulele, melodeon, xilofon, gitar dan elektronik.

Apa idea yang hendak disampaikan dalam muzik korang ?

Kebanyakannya kami buat mengenai kehidupan. Sama ada cabaran, harapan, jangkaan peribadi, perasaan dan kekecewaan.

Korang hipster ke? Sebab hipster selalu associate dengan indie.

Moe: Nooooo! Nak kata kami hipster, kami bukan lepak Starbucks setiap hari. Ia baik sebenarnya. Hipster ini seseorang yang ikut muzik yang bukan mainstream tetapi bernilai dari segi seni. Ia sama seperti cool.

Lynd ( gambar ): Dari segi nilai estetik. Kalau hendak nilai kena nilai dari semua sudut hipster. Jika orang hendak cakap kami hipster, bukan punk itu terpulang. Ia bukan sesuatu yang berhak dimaki seperti tengok pakaian seseorang, dia terus digelar hipster.

Moe: Ia equation to cool, tapi semua orang nak jadi cool, dah tidak hipster macam mana sebab its against something popular .

Apa cabaran yang anda hadapi?

Moe: Persembahan dalam hujan. (Suasana gamat seketika dengan ketawa) Entahlah, mungkin suara tidak sedap, tetapi kami reda. (Ha ha ha) Sebenarnya bukan itu. Kami selalu buat persembahan hujung tahun yang memang musim hujan.

Kumpulan Beatburns yang ditubuhkan tahun 2009 turut dianggotai oleh tiga lagi, keyboard Eman atau Mohd Razman Rashid, dram gastzubair atau  Muhammad Zubair Sadri, dan basis Aron atau Mohd Azron Ehsan.

 

Ikuti bahagian kedua temu bual Malaysiakini dengan Beatburns esok.

 

 

Pertama kali cuba menghubungi kumpulan yang baru memenangi pertandingan Battle of the Bands ini, sukar juga. Terpaksa...

Posted by Malaysiakini (BM Version) on Wednesday, 17 June 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS