Menghantar ucapan memohon menjelang Ramadan nampaknya bukan cuma amalan orang biasa. Di kalangan selebriti juga ia dipraktikkan – dan segera mendapat reaksi mencurah-curah daripada peminat.

Sebagai contoh, lihat bagaimana Cita Citata memohon maaf melalui media sosialnya.

Dalam akaun peribadinya di Instagram @cita_citata yang selama ini dikenali dengan imej seksi memuat naik gambarnya bertudung semalam.

Menyertai gambar itu adalah ucapan penyanyi Perawan Atau Janda itu menulis pesanan: “Marhaban ya ramadhan .. mohon maaf bila ada salah kata ya Citatones,”

Citatones adalah istilah digunakan Cita Citata merujuk kepada peminatnya.

Menjelang tengah hari ini gambar berkenaan mendapat lebih 12,000 like dan hampir 500 komen.

Bagaimanapun, perlu juga dijelaskan, sebahagian daripada komen pada gambar itu adalah iklan atau promosi pelbagai makanan tambahan kesihatan, termasuk ubat mengelakkan jerawat serta masalah berat badan.

 

marhaban ya ramadhan .. mohon maaf bila ada salah salah kata ya Citatones 😘😘😘

A photo posted by cita citata (@cita_citata) on