Kerajaan China melarang penjawat awam, pelajar dan guru-guru terutamanya di kawasan majoriti Islam Xinjiang daripada berpuasa pada bulan Ramadan serta mengarahkan restoran dibuka.

Kerajaan komunis itu sudah bertahun-tahun cuba mengetatkan undang-undang berkaitannya di Xinjiang, yang banyak dihuni oleh umat Islam Uighur, lapor AFP .

“Tempat perkhidmatan makanan akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan,” menurut notis minggu lalu di laman web Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Jinghe, dalam wilayah Xinjiang.

Setiap tahun pihak berkuasa cuba mengharamkan masyarakat Islam Uighur berpuasa mengundang kritikan daripada kumpulan hak asasi.

Tindakan itu dianggap menambahkan lagi ketegangan agama di wilayah itu, yang menyaksikan pertembungan yang mengorbankan ratusan orang dalam tahun-tahun terakhir ini.

China memberi alasan “ancaman pengganas” di Xinjiang dan menyalahkan ketaksuban agama sebagai puncanya.