Pesawat S'pore Airlines mendarat cemas di KLIA
Diterbitkan: Jun 21, 2015 8:00 PM | Dikemas kini: Jun 21, 2015 8:04 PM
Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) 425 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang dipercayai mengalami masalah teknikal.
Jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Mumbai, India pada 8.44 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada 4.44 petang, melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 4.05 petang tadi.
"Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di Putrajaya.
Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.