Dr M dakwa DEB bukti kejayaan Malaysia
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Malaysia telah melaksanakan usaha membina masyarakat berbilang kaum yang sama rata jauh lebih baik daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.
Menurut Mahathir, perkara itu dapat dilaksana ekoran kejayaan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Beliau menjelaskan, program tindakan afirmatif juga seolah-olah mengurangkan jurang perbezaan dalam mengagihkan kekayaan antara orang Melayu asli dan orang Cina.
"Ada yang menyebut bumiputera hanya memiliki dua peratus daripada kekayaan negara sebelum DEB dan kekayaan mereka kini telah meningkat kepada 19 peratus.
"Perbezaan itu masih ada tetapi berkurangan.
"India dan Afrika Selatan juga mempunyai rancangan tindakan afirmatif, tetapi keputusan mereka tidak sebaik Malaysia," katanya dalam blognya hari ini.

